BERITA/AKTIVITI

Terkini

Ikon Juara Sijil Pemasangan Elektrik saudara Muhammad Fazli bin Mohamad Jani, berumur 24 tahun.Merupakan seorang pelajar lepasan Kolej Komuniti Masjid Tanah (2012) dalam bidang Sijil Pemasangan Elektrik. Sebelum bergelar usahawan, beliau pernah berkerja sebagai jurujual produk dan pemandu lori, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berhenti disebabkan tidak selesa makan gaji. Setelah berhenti, beliau mengambil keputusan untuk mula berniaga sendiri.

Mula tercetus kembali ke bidang pendawaian apabila sahabat beliau menawarkan kerja pendawaian sebiji rumah dengan kos harga RM6 ribu dalam masa 3 hari. Hasil dari kerja pertama beliau, di situlah bermulanya untuk beliau mendaftar syarikat SF Electrical Engineering, setelah mendapat restu kedua ibu bapanya. Syarikat beliau mula didaftarkan pada bulan Februari 2014. Pada tahun pertama, beliau memulakan langkah dengan membuat iklan perkhidmatan beliau di sekitar kawasan kampung, taman-taman baru, dan projek pembinaan rumah.

Untuk mendapatkan perkhidmatan SF Electrical Engineering, boleh hubungi di 017-6152667 (Muhd Fazli). Pada tahun kedua, tawaran kerja mula masuk mencurah-curah dan jumlah pendapatan tahunan beliau mencecah RM90 ribu. Di antara tender kerja yang beliau perolehi adalah Petronas Rapid di Pengerang Johor. Masa dan kos yang diambil oleh beliau untuk kerja di sana adalah sebanyak RM80 ribu dan selama 2 minggu. Manakala selebihnya jumlah RM10 ribu itu adalah hasil kerja-kerja pendawaian yang beliau ambil di kampung.

Pada suku tahun seterusnya beliau telah mengumpul pendapatan mencecah RM60 ribu lebih. Selain itu beliau juga mendapat tawaran perkhidmatan pendawaian di MRSM Kem Terendak dengan kos RM50 ribu selama 1 bulan. Beliau juga pernah melakukan perkhidmatan pendawaian di Kolej Komuniti Masjid Tanah tempat di mana beliau pernah menuntut ilmu dahulu dengan kos sebanyak RM5 ribu selama 3 hari. Beliau juga menyatakan dalam keikhlasan menuntut ilmu dan peri pentingnya mendengar nasihat para pensyarah untuk keberkatan ilmu. Syarikat SF Electrical Engineering mempunyai 3 orang pekerja tetap dengan pendapat pekerja pertama rm1500, pekerja kedua rm1200 dan pekerja ketiga rm1100.

Beliau juga bersedia menawarkan tempat latihan dan pekerjaan kepada pelajar-pelajar kolej komuniti untuk melakukan latihan industri atau bekerja tetap. Akhir kata, beliau berpesan kepada semua pelajar Kolej Komuniti untuk belajar bersungguh-sungguh serta mendapatkan keberkatan ilmu supaya dapat digunakan sebaiknya kepada masyarakat di luar nanti. Tidak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir, Kolej Komuniti melahirkan juara.

 

 

 

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Ikon Juara Sijil Pemasangan Elektrik saudara Muhammad Muzhaffar bin Mohd Fauzi. Merupakan seorang bekas pelajar lepasan Kolej Komuniti Masjid Tanah (2013).

Kini beliau merupakan pengasas dan pemilik Muzhaffar Enterprise bermula Nov 2015. Syarikat beliau menawarkan perkhidmatan pendawaian elektrik, pemasangan servis dan penyelenggaran aircon serta penyelenggaraan paip air. Kawasan operasi Syarikat Muzhaffar Enterprise adalah di sekitar Melaka & Negeri Sembilan. Beliau juga mempunyai seorang pekerja tetap dan juga merupakan seorang graduan lepasan Kolej Komuniti.

Perkhidmatan boleh dihubungi secara online di Facebook muzhaffarenterprise dan di talian 0147236727 (muz) @ 01126287131 (whatapps). Purata pendapatan bersih yang beliau perolehi adalah sebanyak RM4000 sebulan. Beliau akan memastikan setiap kerja yang dilakukan mencapai kualiti dan standard yang terbaik. Terima Kasih kepada Kolej Komuniti Masjid Tanah kerana telah melatih menjadi seorang juara.

 

Kolej Komuniti Anyone, Anytime, Anywhere.